Oleh
Syaza Wardina
Diterbitkan pada 30 Ogos 2021, 11:05
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 1.20 pagi, 30 Ogos 2021 (Isnin), di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Allahyarham Datuk Abdul Adzis merupakan Ketua Pengarah DBP ke-11 yang berkhidmat dari tahun 2016 hingga 2018.
Warga DBP merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Abdul Adzis Abas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.
