Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bermula pada Isnin minggu hadapan (14 Februari 2022), kerajaan Arab Saudi telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah.
Pelaksanaan SOP baharu ini adalah mewajibkan semua jemaah, termasuklah dari Malaysia untuk mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 sebelum menunaikan ibadah umrah.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagi jemaah umrah yang berangkat pada tarikh sebelum 14 Februari boleh mengikuti SOP yang telah ditetapkan sebelum ini.
Untuk jemaah umrah yang akan ke Arab Saudi hari ini sehingga 13 Februari, mereka terikat dengan SOP sedia ada. Bagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air kelak mereka diwajibkan mematuhi SOP baharu yang telah dikuatkuasakan.
Kebenaran menunaikan ibadah umrah juga akan berkuat kuasa pada hari ini selepas kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan itu pada 8 Januari lalu.
Sementara itu, jemaah umrah juga dibenarkan kuarantin secara kendiri di rumah kediaman sebaik-baik sahaja tiba di tanah air, manakala kuarantin di pusat kuarantin swasta juga dibenarkan, namun atas tanggungan sendiri.
(Sumber foto: Marsilawati Mohamad Rani)