13 Julai 2022, 16:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Tuanku Raja Muda Perlis berkenan berangkat mengadakan perbincangan mengenai pembukaan tawaran Rejimen Askar Wataniah.

Arau – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru orang ramai, khususnya golongan lelaki agar menyertai Rejimen Askar Wataniah dengan membuat permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Siri 196 Lelaki Tahun 2022 secara dalam talian.

Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak menghadap Tuanku Raja Muda Perlis.

Menurut Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak, para pemohon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan bagi memastikan syarat kelayakan dipatuhi. Maka demikian, panduan dan syarat kelayakan permohonan disediakan bagi memastikan pemohon menyediakan dokumen yang lengkap sebelum dimuat naik dalam sistem pendaftaran.

Selain itu, pihak pengambilan juga berhak membatalkan permohonan sekiranya terdapat keraguan, penipuan ataupun pemalsuan maklumat.

Demikianlah dimaklumkan Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak selepas menghadiri sesi taklimat persiapan penganjuran Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 33/22 yang bakal mengumpulkan semua komander dari seluruh negara.

Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Perbincangan hala tuju Askar Wataniah akan diadakan pada bulan Oktober kepada Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander rejimen selepas mendapat perkenan di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Dalam perkara berasingan pada hari ini, Tuanku Raja Muda yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merakamkan ucapan takziah kepada hampir 102 mangsa bencana ribut yang melanda Perlis semalam dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan bertungkus-lumus, termasuklah agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau orang perseorangan, selain memberikan sumbangan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.