14 Julai 2022, 15:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – “Keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti gamifikasi dalam pendidikan dan pengekodan merupakan bahasa ketiga dan ilmu pada masa ini yang wajar diterokai.”

Titah Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), hari ini.

Tambah baginda, kemahiran kalis masa hadapan seperti Internet benda (IoT), TMK, keusahawanan dan pengurusan acara telah diperkenalkan di negeri Perlis oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Tujuannya adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada pelajar dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran, tanpa mengetepikan penekanan terhadap pengukuhan nilai.

Redesign content and approach dalam pendekatan pedagogi, space and marketing sekolah juga telah dilakukan bagi membantu pelajar mendapat sokongan komuniti dalam menyediakan diri masing-masing ke tahap yang cemerlang, di samping mempromosikan kerja kepada masyarakat umum,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat.

DYTM Raja Muda Perlis berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada golongan asnaf di Padang Besar, Perlis.

Sumbangan agihan telah diberi kepada penduduk di Padang Besar dalam golongan asnaf, antaranya ialah Md. Kasa Zain, 68 tahun. Beliau tinggal bersama-sama ahli keluarganya seramai tujuh orang dan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs dan Bantuan Bekalan Elektrik MAIPs.

Hadir sama mengiringi baginda dalam pengagihan zakat ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Sementara itu, DYTM Raja Muda Perlis menegaskan bahawa masyarakat, khususnya jiran tetangga dalam menyampaikan maklumat kepada pemimpin untuk disampaikan kepada agensi yang terbabit bagi membantu serta membela nasib golongan terkesan yang melanda negeri beberapa hari lalu amatlah penting.

Selain itu, pihak mangsa juga perlu segera membuat laporan polis selain menyediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, gambar kejadian, serta salinan penyata akaun bank untuk memudahkan proses dan tindakan lanjut bagi penyaluran bantuan atau sumbangan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.