23 Julai 2022, 14:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Raja Muda Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa simpati dan berkenan berangkat meninjau ke rumah asnaf mangsa kebakaran yang berlaku pada Rabu lalu di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar semalam.

ACP Mohd Shokri Abdullah memberikan taklimat kepada Tuanku Raja Muda Perlis.

Dalam tinjauan tersebut, Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah melaporkan mangsa yang terbabit dalam bencana tersebut ialah Mokhtar Shamsudin, 65 tahun dan Mastura Mokhtar, 29 tahun yang rumah mereka telah terbakar sepenuhnya, manakala Shahrul Anuar Shariff, 23 tahun, rumahnya terbakar hampir 30 peratus.

Terdahulu, ACP Mohd Shokri Abdullah telah mempersembahkan taklimat kepada baginda, kepimpinan masyarakat setempat serta para pegawai daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan juga Felcra.

Sumbangan kurniaan Kit MAIPs Peduli dan beras fidyah disempurnakan oleh baginda kepada golongan asnaf mangsa kebakaran.

Sementara itu, Amil Felcra Lubuk Sireh, Abdul Samat Hamat mewakili keluarga mangsa berkenaan menerima kurniaan Kit MAIPs Peduli dan beras fidyah daripada Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.