23 Januari 2023, 15:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Simpang Empat – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru mahasiswa agar sentiasa menimba ilmu dalam pelbagai bidang, yakni melibatkan diri dalam aktiviti atau persatuan serta program kemasyarakatan.

“Lihatlah segala peluang bagi mempelajari ilmu di luar kelas, seperti penglibatan dalam aktiviti kelab atau persatuan dan program tanggungjawab sosial universiti (USR), menyertai program sukarelawan membantu mangsa banjir, aktiviti di masjid-masjid dan rumah ibadat, serta program motivasi atau aktiviti pembangunan sukan di sekolah. Penglibatan masing-masing diharap mampu menjadi nilai tambah apabila bergraduasi kelak.”

Raja Muda Perlis berkenan menyantuni keluarga asnaf Kampung Titi Beratap, Simpang Empat.
Raja Muda Perlis berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPS.

Titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM700 secara tunai, beras dan bekalan makanan mentah kepada setiap seorang daripada tiga buah keluarga asnaf yang terpilih di rumah masing-masing.

Terdahulu, penerima zakat ialah Aishah Saad, 84 tahun yang berhadapan dengan ahli keluarganya yang mempunyai masalah kesihatan, dan Abu Bakar @ Mat Zain Abdullah, 84 tahun yang mempunyai masalah kesihatan tinggal dalam kariah Masjid Al-Hidayah, Kampung Titi Beratap, Simpang Empat.

Penyampaian agihan tersebut dilakukan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra sempena program rutin kayuhan berbasikal “MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf”.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.