24 Mei 2023, 10:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan pada Januari 2026.

Pertimbangan daripada pihak KPM ini berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang telah menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik termaktub tidak kurang daripada 190 hari.

Penjajaran kalendar akademik ini dilakukan kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan bermula sesi 2024/2025 pada Mac 2024.

Dalam kenyataan media pada pagi ini, KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini.

Penelitian ini turut melihat kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.

Menerusi perancangan ini, KPM sentiasa memastikan kesejahteraan semua pihak diberi keutamaan mencapai hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.