31 Mei 2023, 18:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perasmian majlis penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi petang tadi di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa Gagasan Malaysia MADANI hari ini mempunyai korelasi dengan pemikiran melalui penulisan dan syarahan-syarahan oleh Almarhum Siddiq Fadzil.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,

Membina keunggulan bangsa bukan dengan membangunkan gedung-gedung pencakar langit atau perbelanjaan besar untuk projek-projek mega sebagai penanda aras kepada sebuah kejayaan tetapi yang harus dibangunkan ialah sikap dan semangat ingin menjadi bangsa yang mulia dan bermaruah.

Timbalan Perdana Menteri juga berharap agar majlis seperti Seminar Fikrah Siddiq Fadzil yang telah diadakan dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan. “Saya yakin UNISEL, WADAH dan DBP akan terus bekerjasama mengadakan seminar, forum atau wacana seperti ini demi menggali, menghayati dan menterjemahkan pemikiran Siddiq Fadzil.

YB Senator Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan meyampaikan cenderahati kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Seminar Fikrah Siddiq Fadzil yang membawa tema “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia” dan julung kali diadakan telah berlangsung pada 30 hingga 31 Mei 2023 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama-sama dengan para hadirin yang hadir.

Turut hadir majlis perasmian penutupan tersebut ialah YB Senator Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor, Dr. Norisah Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Operasi Sekolah serta Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Foto: Zaidah Zakaria, DBP

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.