3 Jun 2023, 23:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Batu Pahat – UiTM Cawangan Perlis telah terlibat secara langsung dalam kempen Perlis Green Hour 2023, seterusnya membantu Jabatan Perhutanan Negeri Perlis mencapai pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record dalam penanaman sebanyak 150 354 pokok di seluruh negeri Perlis.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallulail berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi atas sumbangan dan penyertaan UiTM Cawangan Perlis dalam Program Perlis Green Hour bagi tahun 2023.

Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallulail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Datuk Khalil berkenan berangkat ke Program Perlis Green Hour 2023 yang diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-80 Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis.

Dalam kempen tersebut, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah menyumbang sebanyak 2000 pokok kepada UiTM Cawangan Perlis yang terdiri daripada pelbagai spesis pokok seperti, Tekoma (200 pokok); Cassia Fistula (50 pokok); Bucida (50 pokok); Kasai (100 pokok), Kelat Paya (100 pokok), Merawan Siput Jantan (500 pokok), Meranti Temak Nipis (500 pokok), Jati (200 pokok), Merbau (50 pokok), Durian (200 pokok) dan Gajus (50 pokok).

Antara staf UiTM Cawangan Perlis yang memberikan khidmat bantuan teknikal bagi siaran langsung program Perlis Green Hour 2023.

Selain itu, UiTM Cawangan Perlis turut memberikan sumbangan kepakaran dari sudut teknikal teknologi maklumat untuk memastikan siaran langsung program penanaman dapat disiar dan dipancarkan secara serentak dari seluruh negeri Perlis.

Dalam titah diraja, Pemangku Raja Perlis menzahirkan kebanggaan atas kejayaan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan sokongan seluruh rakyat Perlis dari 15 kawasan DUN Perlis serta seluruh agensi persekutuan, agensi negeri dan badan berkanun kerana dapat mencipta satu rekod yang amat signifikan kepada negeri Perlis.

Titah Baginda lagi, program sebegini dapat membantu mengekalkan kawasan hijau di seluruh negeri Perlis serta dapat merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan liputan hijau sebagai satu agenda nasional.

Sebahagian daripada staf dan pelajar UiTM Cawangan Perlis yang terlibat dalam penanaman 2000 unit pokok di dalam kampus.

Untuk rekod, program turut dihadiri oleh beberapa Ketua Jabatan dan wakil daripada beberapa agensi di negeri Perlis.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.