Oleh Rahimah Jais
17 Jun 2023, 12:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Beluran – Ceramah Bersahabat dengan Kamus (BdK) Siri 3 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah telah berjaya dilaksanakan di SK Perancangan, Beluran  dengan kerjasama Persatuan Dumpas Sabah (PDS), semalam.

Siri ceramah BdK ini telah disertai oleh 145 orang murid termasuk murid prasekolah serta 6 orang guru. Turut hadir menjayakan program tersebut termasuklah Timbalan Presiden PDS, Encik Bidin Angau, Yang Dipertua PIBG SK Perancangan, Encik Rudy Eddy dan ahli jawatankuasa tertinggi PDS.

Wakil pihak sekolah, Guru Penolong Kanan Satu, Encik Nasrah Hj. Titing dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran pihak DBP dan PDS serta mengucapkan terima kasih kepada PDS terutamanya Presiden PDS, Encik Abdul Wahab Ghani  atas sumbangan buku terbitan DBP untuk murid-murid SK Perancangan, Beluran. Selain itu, beliau juga berharap agar pihak DBP dapat menganjurkan lebih banyak program yang seumpama ini.

Jadikan aktiviti membaca sebagai hobi untuk menambah ilmu pengetahuan.

Demikian ucapan Timbalan Presiden PDS, Encik Bidin Angau, selaras dengan program sekolah, iaitu “Satu Murid, Satu Buah Buku”. Beliau berharap agar melalui pembacaan buku terbitan DBP, murid dapat meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan yang betul dan berkualiti.

Sesi ceramah Bersahabat dengan Kamus yang disampaikan oleh pegawai DBP Cawangan Sabah, Puan Julianah Kuli.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh pegawai dari DBP Cawangan Sabah, Puan Julianah Kuli, beliau menggalakkan para guru dan murid menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan di sekolah mahupun di rumah. Beliau menggalakkan agar murid-murid menjadikan kamus sebagai rujukan utama untuk mengetahui makna sesuatu perkataan semasa membaca. Beliau juga memberikan galakan kepada murid untuk bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing agar sesuatu bahasa minoriti itu tidak pupus.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.