23 Jun 2023, 16:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Karnival Lestari Inovasi dan Keusahawanan Siswa (KLiKS) 2023 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula dari 20 hingga 22 Jun 2023 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 11.00 malam.

KLiKS 2023 diadakan selama tiga hari bermula dari 20 hingga 23 Jun 2023 yang menyediakan pelbagai akitiviti dan gerai pameran.

Karnival yang buat julung-julung kali diadakan ini merupakan program kerjasama antara Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Malaysian Academy of SME & ‘Eb ntrepreneurship Development (MASMED) dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Perlis.

Penganjuran karnival seperti ini dilihat dapat memperkasakan peranan dan sumbangan UiTM Cawangan Perlis kepada masyarakat setempat selain membantu meningkatkan hubungan antara universiti dengan agensi kerajaan.

Selain itu, karnival tersebut juga dapat membuka peluang perniagaan kepada masyarakat setempat melalui aktiviti jualan serta mempromosikan bidang kesenian dan pelancongan di negeri Perlis.

Unit Trafik, PDRM turut menyertai  KLIKS 2023 selain pameran yang melibatkan agensi lain.

KLIKS 2023 menawarkan pengisian yang menarik seperti program bual bicara keusahawanan; program personal grooming; demonstrasi masakan dan memanah; pameran dari pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Chin Hin dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada masa yang sama, turut dijalankan serentak sesi pembentangan idea pelan perniagaan (Business Pitching) oleh usahawan pelajar, iaitu mereka berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat juri yang pakar dalam bidang inovasi perniagaan.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar, Timbalan Rektor Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan.

Program tersebut dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik yang hadir bagi mewakili Rektor UiTM Cawangan Perlis. Turut hadir ialah wakil agensi seperti PDRM, JPJ, AADK, Kraftangan Malaysia, KWSP, Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Sultanah Bahiyah, AIA dan Bank Rakyat.

Karnival yang mendapat penajaan daripada AIA, Lotus MFZ, Bangsawan Distribution Sdn. Bhd. dan RH Rimbawan Trading ini mencatatkan lebih 6000 penyertaan serta pelibatan dalam kalangan warga kampus, wakil agensi dan masyarakat setempat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.