12 Julai 2023, 21:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau  UiTM Cawangan Perlis sekali lagi menandakan detik penting dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Bengkulu, Indonesia dan The Geographical Information System (TGIS), India dalam satu majlis yang dijalankan secara maya hari ini.

Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi berkata, UiTM Cawangan Perlis komited mencari inisiatif untuk berkongsi sumber, pengetahuan dan kepakaran dan bekerjasama secara aktif dalam bidang seperti penyelidikan dan inovasi, pendidikan dan latihan serta pemindahan pengetahuan bersama-sama rakan strategik.

Untuk rekod, UiTM Cawangan Perlis dan Universiti Bengkulu UiTM Cawangan Perlis kini sedang mengadakan program mobiliti pelajar dan penyeliaan bersama projek tahun akhir bagi pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.

Selain itu, UiTM Cawangan Perlis juga merancang untuk mengadakan sesi pengajaran kolaboratif untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan antara kedua-dua institusi.

Bagi kerjasama dengan TGIS, UiTM Cawangan Perlis merangka rancangan kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan, pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dalam pengajaran serta penganjuran bengkel-bengkel akademik untuk manfaat kedua pihak.

“Saya amat berharap pemeteraian MOU dengan rakan strategik kami hari ini akan mewujudkan sinergi yang lebih baik untuk pihak yang terlibat dalam mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan, inovasi dan rangkaian serta pembangunan bakat yang akan menjadi masa depan masyarakat di Malaysia dan Indonesia,” ujar Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim dalam mengakhiri ucapannya.

Majlis penandatanganan MoU ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim dan hadir bersama-sama, Sr. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar, Timbalan Rektor Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (PJIM&A); Encik Mohd Khairul Ab Razak, Timbalan Pendaftar dan pegawai-pegawai dari bahagian PJIM&A serta Unit Komunikasi Korporat.

Turut hadir secara maya adalah Rektor Universiti Bengkulu, Indonesia, Dr. Retno Agustina Ekaputri; Pengasas dan Pegawai Eksekutif the Geographical Information System, India, Encik Abhinav Mehta; Timbalan-timbalan Rektor Universiti Bengkulu dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, barisan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Perlis dan pegawai-pegawai bahagian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.