19 Julai 2023, 09:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Pusat Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah menganjurkan program Research Exhibition for Computer Sciences and Mathematics 6.0 (REMACS 6.0) bertempat di Dewan Seri Semarak semalam.

Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk mencungkil bakat pelajar, membangunkan serta membentangkan projek tahun akhir pada setiap semester dan sekali gus melestarikan budaya inovasi dalam kalangan warga kampus.

Sebanyak 115 hasil kajian pelajar tahun akhir daripada pelbagai bidang Sains Komputer dan Matematik telah dibentangkan bagi REMACS 6.0.

Pembentangan projek tahun akhir ini juga telah menjadi sebahagian daripada Penilaian Kerja Kursus Pengajian pelajar, di samping memberikan pendedahan dan galakan kepada pelajar untuk menyertai pertandingan yang berkaitan dengan inovasi dan kreativiti dalam bidang Sains Komputer dan Matematik ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk rekod, REMACS 6.0 ini diletakkan di bawah Projek Khas Rektor bagi tahun 2023 dan dikawal selia sendiri oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd. Fauzi, yang jelas menunjukkan pentingnya inovasi dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar dan staf kampus. REMACS 6.0 pada siri kali ni memperlihatkan sebanyak 115 hasil kajian daripada pelbagai bidang Sains Komputer dan Matematik telah dibentangkan.

Sebanyak 40 orang pelajar MRSM Arau hadir bagi meyaksikan sendiri mahasiswa UiTM Cawangan Perlis membentangkan hasil kajian dan menimba pengalaman.

Program ini turut menjadi platform pertukaran pengetahuan daripada pihak universiti kepada komuniti luar apabila turut dikunjungi oleh sebanyak 40 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Arau Perlis. Pelajar yang hadir turut menyaksikan sesi pembentangan projek inovasi mahasiswa UiTM Cawangan Perlis dan sekali gus memberikan pendedahan serta memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut.

Profesor Ts. Dr. Mohd. Azlan Mohd. Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik hadir mewakili YBhg. Rektor bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup REMACS 6.0.

Majlis Perasmian dan Penutup REMACS 6.0 telah disempurnakan oleh Profesor Ts. Dr. Mohd. Azlan Mohd. Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan turut dihadiri oleh Dr. Siti Zulaiha Ahmad, Ketua Pusat Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, pensyarah-pensyarah dan dihadiri lebih 100 orang pelajar dari Pusat Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.