10 Ogos 2023, 21:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bertam – Bersempena dengan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRN-15) yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2023, Sabtu ini, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut menzahirkan sokongan beliau kepada Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai calon N.02 Bertam dengan turut hadir ke Kompleks Kepala Batas, Pulau Pinang untuk bertemu penduduk dan peniaga kecil di sana.

Kehadiran Khairy Jamaluddin ke Bertam pada hari ini dilihat sebagai tanda sokongan padu kepada seorang teman, seperti yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu di Jeram, Selangor.

Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai calon N.02 Bertam semasa bertemu dengan penduduk tengah hari tadi.

Program Walkabout di sekitar Bertam tersebut dilihat sebagai usaha Dato’ Seri Reezal Merican menyantuni penduduk Pulau Pinang dengan bertemu dan beramah mesra bersama-sama mereka.

PRN-15 pada kali ini memperlihatkan persaingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional, Dato’ Seri Reezal Merican dengan calon Perikatan Nasional, Khaliq Mehtab dengan jumlah pengundi berdaftar sebanyak 23 999.

Suasana sekitar Program Walkabout di Sekitar Bertam, dibanjiri oleh kebanyakan penduduk Pulau Pinang.

Kemeriahan Program Walkabout di sekitar Bertam yang berlangsung tengah hari tadi, menyaksikan bahang pilihan raya yang semakin terasa kehangatannya di Pulau Pinang.

Sementara itu, statistik pengundi muda bawah umur 30 tahun di Pulau Pinang pada PRN-15 ini didapati semakin meningkat, sekali gus memperlihatkan Pulau Pinang sebagai antara negeri yang mempunyai pelapis negara pada masa hadapan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.