Oleh Yusaida Yusof
11 Ogos 2023, 18:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohd Farid Janudin

Kelantan – Pelbagai persiapan dilakukan para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi bagi memastikan proses mengundi berjalan dengan lancar esok. Petugas SPR telah melakukan kerja-kerja persiapan menjelang hari pengundian esok bersempena dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 Kelantan atau lebih dikenali sebagai PRN Kelantan.

Beberapa tinjauan telah dilakukan di beberapa pusat pengundian di daerah Kota Bharu dan Pasir Pekan. Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihaknya kini hanya menunggu pagi esok untuk proses pengundian dan dewan untuk pusat pengundian telah ditutup rapi untuk langkah keselamatan.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan proses membuang undi berjalan dengan lancar esok, beberapa langkah perlu diambil perhatian oleh para pengundi. Mereka disarankan untuk membuat semakan daftar pemilih di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan untuk lokasi mengundi, saluran dan masa mengundi yang disarankan.

Menurut SPR, kegagalan membawa dokumen pengenalan diri akan menyebabkan seseorang pengundi itu tidak layak mengundi. Oleh itu, pengundi hendaklah membawa kad pengenalan diri yang diperlukan oleh petugas pusat mengundi untuk tujuan pengesahan.

Untuk hari pengundian esok, sebanyak 1 411 9142 calon pengundi Kelantan dijangka akan membuang undi dengan jumlah pemilih mengikut umur dalam lingkungan 30 tahun hingga 39 tahun berjumlah 347 225, iaitu angka yang tertinggi mengikut umur.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.