Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangNegeri Sembilan – Tidak banyak yang boleh diperkatakan dari aspek penggunaan bahasa dalam kempen di Negeri Sembilan ini.
Secara umumnya, kebanyakan calon menggunakan bahasa Melayu standard apabila bertemu dengan pengundi secara beramai-ramai.
Namun begitu, apabila bersemuka dengan penduduk Negeri Sembilan secara persendirian, terutamanya yang lebih berusia, ada sesetengah calon menggunakan dialek Negeri Sembilan.
Contohnya, berlumbo-lumbo (berlumba-lumba), samo (sama), kito (kita), lapeh (lepas), kobun (kebun), rodah (redah), bori (beri), lobeh (lebih).
Pada gegantung yang digantung di tepi jalan, dapat ditemukan jom waghih, dan Nisimilan kito ubah.
Calon yang berkempen melalui Facebook juga ada yang menggunakan dialek Negeri Sembilan.
Misalnya, moh kito undi (mari kita undi), jangan lupo oghang Ghantau esok (jangan lupa orang Rantau esok), kito undi calon kito (kita undi calon kita).
Selain itu, ada juga calon yang mengetengahkan pantun dalam Facebook, contohnya,
Terbang sayap burung rajawali,
Singgah sebentar membuat sarang;
Izinkan saya Mohd Zaidy,
Berkhidmat untuk Jeram Padang.
Rempah halia digaul diuli,
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi.
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.
Pahlawan Bugis pergi ke Daik.
Sampai di Daik hari pun dah potang;
Dalam hidup ni, mulut nak manis dan hati pula mesti baik,
Sampai mati kan dikenang orang.
Akhirnya, ragam bahasa di Negeri Sembilan ketika berkempen ini menyerlahkan keunikan negeri yang penuh dengan adat dan tradisi ini.