12 Ogos 2023, 00:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Sebanyak 1131 permit ceramah yang diluluskan oleh pihak polis Pulau Pinang sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRN-15) rata-rata dilihat kekal menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Pulau Pinang dikenali sebagai negeri dengan jumlah penduduk yang majoritinya berbangsa Cina. Walau bagaimanapun, melalui tinjauan sepanjang tempoh berkempen yang bermula pada 29 Julai lalu hingga hari ini, bahasa Melayu digunakan secara meluas oleh calon-calon yang bertanding.

Antara poster yang direntang di sepanjang jalan di Pulau Pinang yang menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa utama juga dibuktikan melalui pembentangan manifesto oleh calon yang bertanding dalam ceramah termasuklah Ceramah Mega Perpaduan (Seberang Perai) yang berlangsung di Woolley Car Park Raja Uda, hari ini serta dalam poster yang direntang di sepanjang jalan di Pulau Pinang.

Perlembagaan Malaysia ada memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia dan tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan.

Meskipun rata-rata calon yang bertanding di PRN-15 Pulau Pinang bukan berbangsa Melayu, namun mereka tetap berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi sepanjang tempoh berkempen. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa bahasa Melayu masih digunakan secara meluas di Pulau Pinang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.