12 Ogos 2023, 11:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Proses pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRN-15) yang bermula sejak pukul 8.00 pagi ini hari ini berlangsung dengan tenang. Bertempat di Pusat Pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hu Yew Seah, Pulau Pinang, rata-rata pengundi bagi N.26 Padang Kota turun ke pusat pengundian seawal 8.00 pagi.

Sebanyak 15165 pengundi berdaftar di kawasan Padang Kota dengan kadar peratusan pengundi 50 tahun ke atas tidak ramai berbanding dengan orang muda, namun kegigihan yang mereka tunjukkan untuk menunaikan tanggunjawab pada hari ini, membuktikan semangat mendukung demokrasi yang utuh dalam diri  rakyat Malaysia.

Pengundi warga emas turun ke pusat mengundi seawal 8.00 pagi, di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hu Yew Seah, Pulau Pinang.

Lebih menarik, ketibaan pengundi muda ke pusat pengundian pada pagi ini juga tidak mengecewakan.

Nur Aisyah Ameruddin (20 tahun), teruja setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi muda.  

Nur Aisyah Ameruddin (20 tahun) yang tiba seawal pukul 8.00 pagi kelihatan amat teruja sebaik-baik sahaja selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di DUN Padang Kota. Apabila ditanya apakah harapannya terhadap pembentukan kerajaan negeri baharu di Pulau Pinang, beliau menjelaskan bahawa,

Ini merupakan kali pertama saya turun mengundi secara langsung kerana sebelum ini saya bertugas sebagai petugas PRU. Secara jujurnya, saya amat teruja apabila dapat turun mengundi dan saya amat mengharapkan agar pengundi muda seusia saya dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab ini demi masa depan negara. Sudah pasti saya mengharapkan kerajaan yang bakal dibentuk dapat mentadbir negeri ini dengan baik, aman dan makmur

Momentum peratusan keluar mengundi yang dijangkakan tinggi pada hari ini dilihat bertitik tolak daripada pengundi berdaftar secara automatik apabila mencecah usia 18 tahun.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.