Oleh Yusaida Yusof
12 Ogos 2023, 22:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Muhammad Adib Zulkifli

Tumpat – Calon PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, iaitu Datuk Ahmad Yakob, kekal menjadi ADUN itu yang memasuki penggal ketujuh. Pengumuman keputusan rasmi tersebut dibuat di Dewan Haji Wan Adam, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah pada pukul 9.30 malam.

Datuk Ahmad Yakob meraih jumlah undi sebanyak 18 783 dengan mengalahkan calon Pakatan Harapan, Mohamad Zamakh Sari Ibrahim (5972) dengan majoriti undi sebanyak 12 811.

Beliau yang menjadi ADUN sejak tahun 1995 dan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu telah menewaskan dua calon lain, iaitu daripada Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Nasional dengan majoriti 8352 undi.

Sementara itu, Pusat Penjumlahan Rasmi Undi untuk DUN Pasir Pekan itu turut mengumumkan keputusan undian bagi DUN Wakaf Bharu, yang juga memihak kepada calon PAS, yang diwakili oleh Mohd Rusli Abdullah. Beliau menewaskan calon Barisan Nasional dengan majoriti 8127 undi.

Mohd Rusli Abdullah yang juga penyandang DUN Wakaf Bharu memperoleh undi sebanyak 15 522, manakala Abdul Mannan Md Said pula mendapat 8127 undi.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.