13 Ogos 2023, 00:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Khairul Azhar Baharuddin

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.23 Air Putih kekal menjadi milik Lim Guan Eng dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRN-15).

Pulau Pinang – Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Air Putih masih mengekalkan tampuk pemerintahan yang disandang oleh Lim Guan Eng dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 .

Proses kira undi yang berlangsung lewat petang tadi, telah menjadi detik yang mendebarkan bagi calon-calon yang bertanding bagi PRN-15 pada kali ini.

Bendera Pakatan Harapan (PH) berkibar  di sepanjang jalan di Pulau Pinang.

DUN N.23 melalui PRN-15 telah menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng; calon Perikatan Nasional (PN), Ivan Kong dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Teh Yee Cheu dengan jumlah pengundi berdaftar sebanyak 15371. Hal ini sekali gus menjadikan PH memenangi undian dengan majoriti sebanyak 7923.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng telah mendahului peratusan undi sebanyak 8996 undian, meninggalkan PN jauh ke hadapan dengan jumlah undi sebanyak 1073 dan PRM dengan jumlah undi sebanyak 437.

Terdahulu, Lim Guan Eng yang masih memegang DUN Air Putih telah mengalahkan calon PN, Kong Chen Ann dan calon PRM, Teh Yee Cheu melalui persaingan tiga penjuru dengan jumlah undi berdaftar sebanyak 15371.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.