13 Ogos 2023, 01:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohd Farid Janudin

Negeri Sembilan – Rakyat Negeri Sembilan telah membuat keputusan untuk terus memberikan kepercayaan kepada kerajaan sebelum ini dalam PRU Negeri Sembilan yang berakhir pada hari ini.

Sebanyak 36 kerusi DUN dipertandingkan di Negeri Sembilan yang melibatkan pertembungan lima parti.

Dalam PRU Negeri Sembilan ini, Pakatan Harapan memenangi 17 kerusi daripada 19 kerusi, diikuti rapat oleh Barisan Nasional  yang memenangi 14 kerusi daripada 17 kerusi.

Gabungan kedua-dua parti ini atas nama Kerajaan Perpaduan membolehkan mereka membentuk semula kerajaan dengan majoriti lebih dua per tiga apabila mengumpulkan 31 kerusi.

Bagi Perikatan Nasional yang bertanding di semua kerusi DUN Negeri Sembilan, kejayaan merebut lima kerusi pula dilihat sebagai permulaan yang baik untuk memberikan saingan yang lebih sengit pada PRU-16 akan datang.

Hal ini dikatakan demikian kerana parti pembangkang ini tidak memenangi sebarang kerusi pada PRU yang lalu.

Sebagai rekod, pada PRU-14, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memenangi 20 kerusi, seterusnya menewaskan Barisan Nasional yang hanya memperoleh 16 kerusi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.