Oleh Hasni Jamali
26 Ogos 2023, 12:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Program Warna-warni Merdeka bersempena dengan Bulan Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dan DBP Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak yang diadakan pada 24 Ogos 2023 di Pustaka Negeri Sarawak telah berjaya membina dan memperluas khalayak bahasa dan sastera dalam semangat perpaduan, khususnya dalam kalangan murid sekolah.

Antara pengisian program termasuklah Pertandingan Mewarna MADANI, Sujana Kata Sasterawan Negara serta pameran dan jualan buku yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 300 orang telah menghadiri program ini yang terdiri dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid daripada 60 buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Suasana ketika berlangsungnya Program Warna-warni Merdeka yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak pada   24 Ogos 2023 yang lepas.

 

Pertandingan Mewarna MADANI.

Tempat pertama Pertandingan Mewarna MADANI bagi kategori prasekolah telah dimenangi oleh Zilvania Ong Yun Qing (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sg. Apong), tempat kedua pula dimenangi oleh Debbie Chan Lok Ee (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua 1) dan tempat ketiga dimenangi oleh Annie Lau Shu Lan (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sg. Apong).

Sesi Sujana Kata Sasterawan Negara, YBhg. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail.

Joey Wee Zhi Xuan (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua No. 4 Kuching) pula meraih tempat pertama bagi kategori sekolah rendah Tahap 1. Beliau disaingi hebat oleh Joey Liu Rou Yee (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua 2) sebagai pemenang tempat kedua dan Muhammad Zafran Usman (Sekolah Kebangsaan Pulo) sebagai pemenang tempat ketiga.

Bagi kategori sekolah rendah Tahap 2 pula, tempat pertama dimenangi oleh Claire Chen Ching Yuan (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua No. 4 Kuching), tempat kedua dimenangi oleh Lin Zi Lan (Sekolah Jenis Kebangsaan Bintawa) dan tempat ketiga dimenangi oleh Anggun Alisya Maisara Fadeli (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Buntal).

Sasterawan Negara, YBhg. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail.

Sementara itu, bagi memasyarakatkan sastera dan budaya dalam kalangan masyarakat, Sasterawan Negara, iaitu YBhg. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail berkongsi proses kepengarangan dan naratif beliau dalam Program Sujana Kata bertajuk “Seni Alam”.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP.
Sasterawan Negara, Datuk Dr. Siti Zainon Ismail menunjukkan hasil karya salah seorang daripada murid Tahap 1.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.