Oleh Azama
6 November 2023, 15:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Pengerusi KRT Taman Bukit Kayangan, Encik Marzuki Saad mewakili Pensyarah UiTM Cawangan Perlis, Encik Azlan Abdul Aziz yang menerima Anugerah Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2023 bagi kategori Projek Inovasi Terbaik di Bangi Avenue Convention Centre, semalam.

Bangi – Bermula daripada minat dan hobi dalam bidang pertanian bandar, seorang pensyarah kanan dalam bidang Statistik Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Encik Azlan Abdul Aziz dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Kayangan, Kangar, Perlis telah memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2023 bagi Kategori Projek Inovasi Terbaik yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor, semalam.

Menurut beliau, produk inovasi “MyNutriCapsule Irrigation Technique” merupakan hasil ciptaan dan dibantu oleh pensyarah dari kumpulan penyelidikannya. Teknik tersebut diaplikasikan dalam projek tanaman cili kulai di komuniti setempat.

Beliau telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4000, sijil penghargaan dan juga piala iringan yang disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang pada majlis dwitahunan itu.

Dalam temu bual sidang editor Dewan Masyarakat bersama-sama Encik Azlan, beliau berkata,

MyNutriCapsule berfungsi sebagai tempat simpanan larutan baja nutrisi dan akan dialirkan ke tanaman melalui sumbu sekiranya medium tanaman kekurangan air.

Produk ini telah terbukti berkesan apabila dapat mengoptimumkan penggunaan baja nutrisi kepada tanaman berbanding dengan teknik pengairan yang sedia ada sekarang.

Encik Azlan Abdul Aziz bersama-sama pensyarah UiTM Cawangan Perlis yang menjayakan hasil penyelidikan dan inovasi produk tamanan bandar tersebut.

Kejayaan ini membuktikan UiTM Cawangan Perlis komited dalam melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan bersama-sama komuniti, khususnya di Perlis, agar pemindahan ilmu hasil penyelidikan dan inovasi dalam kalangan para pensyarah dapat dimanfaatkan dan memberikan impak kepada masyarakat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.