8 November 2023, 20:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian laporan media mengenai kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang tular. Kes ini telah diambil tindakan dan kini berada dalam siasatan pihak berkuasa.

KPM tidak berkompromi dengan perbuatan buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya. Salah laku buli dan gangguan seksual merupakan salah laku berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

Komitmen KPM dibuktikan menerusi garis panduan menangani salah laku buli dan gangguan seksual yang telah dilancarkan pada bulan September 2023. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023 bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM.

Tiga saluran utama disediakan oleh KPM bagi membolehkan orang ramai termasuk murid, ibu bapa dan masyarakat untuk membuat laporan mengenai kes buli dan gangguan seksual, iaitu menerusi talian khas aduan buli, e-mel [email protected] dan aduan buli melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

KPM turut memantau kesegeraan penyampaian maklumat berkaitan dengan kes buli dan gangguan seksual berdasarkan Prosedur Operasi Standard, iaitu pada kadar 1:3:7 hari.

KPM sentiasa berusaha memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.