9 November 2023, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Rakyat negeri Perlis diseru untuk menjalankan tanggungjawab bagi menjelaskan bayaran elektrik kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pihak TNB sedang menjalankan operasi “Ops Hutang, Tepu” iaitu pemotongan bekalan lektrik di seluruh negeri Perlis bagi premis pengguna yang masih mempunyai  tunggakan yang dijalankan sepanjang November hingga Disember ini.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Ketua “Retail” TNB Perlis, Azian Alias kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas Baginda berkenan berangkat mengetuai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di sekitar Titi Tinggi, Padang Besar, baru-baru ini.

Kayuhan sejauh 15 kilometer tersebut bertujuan untuk menyantuni asnaf yang terpilih di sekitar Kampung Titi Tinggi itu disertai oleh para pegawai dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan serta syarikat swasta.

Raja Muda Perlis turut berkenan menyantuni asnaf yang terpilih di sekitar Kampung Titi Tinggi bersama-sama pegawai dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan serta syarikat swasta.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs telah berkenan menyerahkan bantuan berupa wang tunai sebanyak RM 700 kepada setiap penerima berserta “Kits MAIPs Peduli” dan beras fidyah bagi membantu kelangsungan hidup penerima bantuan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.