10 November 2023, 09:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Seorang pemimpin harus mampu memberikan hala tuju yang jelas kepada orang bawahan agar matlamat dan sasaran dapat direalisasikan dan wajib mengambil berat tentang segala perubahan yang berlaku di sekeliling agar proses penyesuaian dapat dilaksanakan bagi mewujudkan suasana kondusif.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Titi Tinggi dan Bukit Chabang, baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada seorang daripada asnaf terpilih di Masjid Al-Azim, Titi Tinggi, Padang Besar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs menambah, “Keberhasilan seseorang pemimpin itu dapat dilihat dengan adanya hubungan yang harmonis antara pekerja, tidak ada permusuhan, komunikasi berjalan lancar, tidak ada celaan dan memiliki integrasi yang baik.”

Titah baginda lagi,

Seorang pemimpin itu boleh menjejaskan semangat dan prestasi seseorang pekerja. Pemimpin yang baik akan memotivasikan pekerja untuk menonjolkan segala potensi yang ada pada diri mereka seterusnya memberikan hasil yang optimum.

Keberangkatan tiba baginda di Masjid Al-Azim, Titi Tinggi, Padang Besar disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.