10 Disember 2023, 17:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Rakan Kandungan Syok Podcast 2023 oleh pihak Syok Podcast dalam Anugerah Podcast Syok 2023 yang berlangsung di AICB Centre of Excellence (ACE), Kuala Lumpur pada 8 Disember lepas.

Staf Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP yang hadir dalam majlis tersebut berkesempatan merakamkan gambar kenang-kenangan dengan staf ASTRO. Dari kiri: Encik Hakimi Tajul As’ari (Ketua Podcast, Radio Astro), Puan Zanariah (staf DBP), Encik Hafizi (staf DBP), dan Stanley Lim (Ketua Podcast SYOK).

Anugerah Khas untuk Rakan Kandungan Kerjasama | Anugerah Podcast Syok 2023 merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pihak luar sama ada individu, syarikat, agensi dan pertubuhan yang memainkan peranan penting dalam membantu SYOK dan ASTRO Radio dalam memperkukuhkan dan memperluaskan kandungan podcast dan audio.

DBP melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan aktif bekerjasama dalam menyebarluaskan bahan berteraskan bahasa dan sastera khususnya bahan terbitan DBP melalui medium audio siar selain berperanan dalam membina sinergi dengan pihak luar khususnya untuk menyebarluaskan bahasa dan sastera.

Bermula dari awal penubuhan SYOK pada tahun 2019, DBP telah menghasilkan Siri Hikayat Gegar Pagi. Kerjasama ini diteruskan pada tahun 2020 dengan penghasilan Siri Belang Harimau Besi yang diinspirasikan daripada kandungan buku Somalia: Belang Harimau Besi, terbitan DBP. Pada tahun 2021, DBP sekali lagi menghasilkan siri audio siar Gambaran Syurga yang juga bersumberkan buku terbitan DBP dengan tajuk yang sama.

Kesinambungan kerjasama ini semakin utuh apabila DBP dan SYOK menghidupkan kembali naskhah drama radio Malam Pengantin karya Datuk Habsah Hassan bersumberkan buku Pulang Gadisku Pulang terbitan DBP pada tahun 1977, dalam format drama audio untuk tahun 2023.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.