Oleh Aminnudin Saimon
19 Januari 2024, 12:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Juri sedang mengadili reruai dan informasi di reruai peserta UIA.

Pagoh – Subjek Usrah in Action (UIA) yang ditawarkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah Sejahtera Center for Sustainability and Humanity giat menjalankan projek berasaskan masyarakat.

Menurut Timbalan Rektor Sejahtera Center, Prof. Dr. Zainal Abidin Sanusi, isu lambakan kajian yang tidak dimanfaatkan dilihat memberikan mudarat dan pembaziran dalam dunia akademik, serta menjejaskan kemasyarakatan.

Sejahtera Center mengambil inisiatif untuk memperkenalkan UIA bagi melaksanakan dasar yang berteraskan masyarakat dan komuniti bersama-sama universiti. Dengan adanya langkah ini, masyarakat akan sentiasa terpelihara dan dinaikkan taraf ke arah kehidupan yang lebih baik.

Dalam simposium tersebut, sebanyak 17 seksyen mengambil bahagian dengan pelbagai projek berasaskan masyarakat, antaranya termasuklah, Sinar Chowkid 2.0, SeJaJar (Semai, Jaga dan Jaringan), Asli Get Lit, Pendigitalan Pendidikan, Makanan Tradisional dan Jom Celik Bahasa 1.0.

Antara pemenang Usrah in Action (UIA).

Usrah in Action ini terbahagi kepada dua, iaitu UIA 1.0 ialah pengenalpastian permasalahan, metod dan sebagainya, manakala UIA 2.0 ialah kesinambungan daripada UIA 1.0, iaitu melihat kepada hasil pelaksanaan yang dibuat.

Subjek ini merupakan subjek wajib yang perlu diambil dan dilaksanakan oleh semua pelajar tahun tiga di setiap kulliyyah UIAM. Simposium ini juga dijalankan di tiga lokasi yang berbeza, iaitu di Gombak, Pagoh dan Kuantan.

Dalam simposium yang berlangsung pada 18 Januari 2024 itu juga menobatkan projek Sinar Chowkid 2.0 sebagai pemenang emas bagi UIA 2.0, manakala Mukim Parit Jawa Coffee Book membolot empat anugerah utama.

Bagi UIA 1.0 pula, projek SeJaJar membolot tiga anugerah utama, dan diikuti projek Diversiti Makanan Tradisional yang membolot dua anugerah utama. Dalam simposium itu juga, UIAM mengundang lima juri profesional yang terdiri daripada ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan dan badan kebajikan bagi mengadili simposium tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.