10 Mac 2024, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kredit foto: Khairul Azhar

Shah Alam – Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), mengiktiraf buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Stay the Course dan menerima Sijil Kepujian daripada MBBY dalam Majlis Penyampaian Sijil Kepujian Buku Terpilih MBBY 2023 yang berlangsung di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pagi ini.

Ketua Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Puan Noriyani Yusoff mewakili DBP menerima Sijil Kepujian kepada Penerbit.
Buku Stay the Course terbitan DBP yang menerima Sijil Kepujian daripada MBBY.

Stay the Course yang ditulis oleh Maslina Yusoff dan editornya, Puan Shakira Khairuddin tersenarai dalam Kategori Penulis merupakan antara 14 judul yang disenaraikan sebagai buku terpilih oleh MBBY 2023.

Dalam majlis tersebut, DBP telah menerima dua penghargaan oleh MBBY, iaitu Sijil Kepujian kepada Penerbit dan Sijil Kepujian kepada Penulis.

Sebanyak tujuh orang juri terlibat dalam pemilihan buku terpilih MBBY 2023 untuk dicalonkan ke The International Board on Books for Young People (IBBY) Honour List 2024.

Puan Shakira Khairuddin mewakili penulis buku Stay the Course, Maslina Yusoff menerima Sijil Kepujian kepada Penulis daripada MBBY.

Profesor Dr. Md Sidin Ahmad Ishak selaku Ketua Juri Jawatankuasa Buku-buku Terpilih MBBY 2023, menyatakan bahawa pemilihan buku tersebut dilaksanakan mengikut format yang digariskan oleh IBBY.

Ketua Juri Jawatankuasa Buku-buku Terpilih MBBY 2023, Profesor Dr. Md Sidin Ahmad Ishak semasa memberikan rumusan tentang penjurian buku yang terpilih.

Sebanyak 126 buah buku daripada tiga kategori, iaitu Kategori Ilustrator, Kategori Penulis dan Kategori Penterjemah telah dipilih dan seterusnya disenarai pendek dan hanya 14 penerima yang menerima Sijil Kepujian.

Presidennya, YBhg. Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin menyatakan bahawa MBBY memberikan fokus terhadap penerbitan buku kanak-kanak yang bermutu.

Presiden MBBY, YBhg. Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin.

Dalam ucapannya, beliau turut menggalakkan penerbit buku agar memperbanyak buku untuk pelajar kurang upaya. Beliau berkata,

Kebanyakan buku yang dihasilkan lebih memfokuskan kepada buku pendidikan seperti buku teks dan buku latihan. Buku untuk pembacaan biasa sangat kurang di pasaran disebabkan oleh kekurangan permintaan.

Dari kiri, Editor Kanan DBP, Puan Filzah Ibrahim; Ketua Bahagian Buku Kanak-Kanak Remaja, DBP, Puan Noriyani Yusoff; Presiden MBBY, YBhg. Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin; Ketua Juri, Profesor Dr. Md Sidin Ahmad Ishak; dan editor buku Stay the Course, Puan Shakira Khairuddin.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.