15 Mac 2024, 15:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Angkatan tetap telah ditugaskan dengan pelbagai operasi teras dan operasi luar negara. Oleh itu, Askar Wataniah wajar dipertimbangkan untuk turut serta dalam membantu anggota tetap melaksanakan operasi teras untuk mengawal persempadanan negara.

Adalah menjadi kerugian buat negara jika hanya melatih mereka semata-mata tanpa ada sebarang perancangan jangka panjang untuk mengaturgerakkan mereka membantu mengawal persempadanan negara dan tidak tertakluk jika negara berada dalam situasi darurat atau dilanda bencana alam sahaja.

Sewajarnya pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk mengkaji dan meneliti semula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan pelibatan pasukan simpanan dalam operasi teras bersama-sama anggota tetap.”

Demikian titah saranan Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Eksesais PERBAH 2024 Sektor Selatan di Timur Laut Sabah.

Program tahunan anjuran Kerajaan Negeri Perlis tersebut berlangsung dengan kerjasama  Rejimen 504 Askar Wataniah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis . Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia serta pelbagai agensi negeri dan Persekutuan dari Perlis, Sabah serta pihak swasta.

Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Eksesais PERBAH 2024 Sektor Selatan di Timur Laut Sabah.

Antara pulau yang dikunjungi Baginda pada kali ini termasuklah Pulau Danawan dan Pulau Pandanan, iaitu Pos Keselamatan TDM. Pulau Mataking yang merupakan pos gabungan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Pulau Bohey Dulang yang terletaknya Pos Keselamatan Polis Gerakan Am (PGA).

Turut hadir sama mengiringi baginda dalam rangka lawatan adalah Panglima Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin, Panglima Briged ke-13 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Hashim Osman dan Timbalan Komander ESSCOM Brigedier Jeneral Hj Ts Roslan Hj Mat Saad dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) YBrs. Dr Hazami Jahari.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.