23 Mac 2024, 08:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Program Tautan Kasih anjuran Kelab Kesukarelawanan (Vos-Q), Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dianjurkan bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, di samping mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama pelajar dengan anak-anak Darul Najjah tanpa mengira agama dan bangsa.

Program ini dianjurkan pada 22 Mac 2024 di Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Darul Najjah, Kuala Lumpur.

Solat Isyak dan terawih bersama-sama penghuni Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Darul Najjah, semalam.

Ketibaan para peserta program ke rumah anak yatim ini disambut mesra oleh Puan Hawa selaku Pengarah Rumah Kebajikan ini.

Penyerahan sijil penghargaan kepada pihak Rumah Kebajikan dan Anak Yatim Darul Najjah.

Program yang bertemakan “Cahaya Ramadan” ini melibatkan penyertaan sebanyak 19 orang pelajar UKM yang turut dihadiri oleh Pengetua Kolej Tun Syed Nasir UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril.

“Melalui program ini, pelajar berpeluang muhasabah diri dan bersyukur melihat anak-anak ini yang sentiasa tenang dan ceria, walaupun mereka mempunyai banyak kekurangan,” ujar Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril dalam ucapan perasmian programnya.

Beliau juga turut mendoakan semua pelajar dan anak-anak Darul Najjah untuk terus bersemangat dalam mengejar ilmu dan kecemerlangan, selain memperkukuhkan amalan ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Sesi bergambar bersama anak-anak yatim sebelum berbuka puasa sebagai tanda kenang-kenangan.

Program yang bermula dari pukul 5.30 petang dan berakhir pada pukul 10.00 malam ini, diisi dengan pelbagai aktiviti demi memberikan peluang interaksi antara anak-anak Darul Najjah dan mahasiswa, termasuklah Kuiz Ramadan, iftar dan menunaikan solat terawih secara berjemaah.

Program ini jelas menggembirakan setiap anak-anak Darul Najjah yang berusia dari tujuh tahun ke 15 tahun apabila mendapat sumbangan duit raya dan pelbagai cenderahati daripada pihak penganjur program.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.