Oleh Rasoul Manan
30 Mac 2024, 20:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Mustafa Ibrahim antara pengasas Kumpulan Anak Alam telah meninggal dunia pada pukul 9.10 malam, semalam.

Khabar duka pemergian Allahyarham dikongsi oleh penyair, Pyanhabib di Facebooknya malam tadi.

“Dengan penuh kasih sayang, Allah mengambil sahabat akrab kami, selamat berangkat ya, bang.” Tulis Pyanhabib.

Tokoh wartawan, Tan Sri Johan Jaaffar turut bersedih dengan pemergian Allahyarham Mustafa Ibrahim. Beliau mencoret sedikit kenangan bersama-sama Allahyarham sewaktu menuntut di Universiti Malaya (UM).

“Sejak tahun pertama lagi di UM, saya sudah mengikuti kegiatan Anak Alam, malah saya pernah tinggal bersama-sama para seniman ini di Rumah JKR No. 905 di hadapan Padang Merbuk.

“Apabila saya mula bekerja di DBP pada tahun 1977, saya makin kerap tinggal di Rumah Anak Alam hingga tahun 1978.”

Mustafa Ibrahim, anak kelahiran Bagan Datok, mula mengasaskan Kumpulan Anak Alam pada tahun 1974. Allahyarham merupakan seorang pelukis dan karya-karya yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya dalam bentuk asbtrak.

Antara karya allahyarham yang popular termasuklah Siri Cinta yang menggabungkan dua unsur, iaitu organik dan biomorfik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.