2 April 2024, 08:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Istana Arau

Kangar – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadap sembah Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, Perlis.

Raja Perlis berkenan menerima sembah Perdana Menteri di Istana Arau, semalam.

Menurut Istana Arau dalam kenyataannya,

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk membincangkan tentang kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan negeri Perlis.

Dalam kunjungan tersebut, turut berangkat ialah Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Terdahulu, YAB Dato’ Seri Anwar dan delegasinya turut menghadiri Sesi Taklimat Pembangunan Negeri yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Beliau juga mengadakan kunjungan ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan dan berbuka puasa di Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perlis yang dilaksanakan di Masjid Nurul Huda, FELDA Chuping, semalam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.