3 April 2024, 16:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis sekali lagi menandakan detik penting dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan FRS Business Jaya Sdn. Bhd., Teknologi KBSE Sdn. Bhd. dan Universiti Bengkulu, Indonesia dalam satu majlis yang dijalankan secara hibrid pada hari ini.

UiTM Cawangan Perlis berkata,

Komited ini membuktikan kami akan terus berkongsi sumber, pengetahuan dan kepakaran, dan bekerjasama secara aktif dalam bidang, seperti penyelidikan dan inovasi, pendidikan dan latihan, serta pemindahan pengetahuan dengan rakan strategik baharu.

Kerjasama antara UiTM dengan FRS Business Jaya Sdn. Bhd. itu dilihat dapat membuka peluang baharu kepada pelajar UiTM, terutamanya pelajar dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, untuk mendapatkan pengalaman praktikal yang bernilai dalam industri.

Pemeteraian MoU diadakan bagi meningkatkan tahap penyelidikan UiTM Cawangan Perlis.

Tumpuan utama ialah penyelidikan mengenai keberkesanan produk hiliran FRS, iaitu liquid dolomite, dalam membantu kelestarian tanah, selain menyumbang dari segi kepakaran dan taktikal bagi meningkatkan tahap penyelidikan UiTM Cawangan Perlis.

Bagi kerjasama dengan Teknologi KBSE Sdn. Bhd. pula, warga UiTM berharap agar peluang dibuka kepada pelajar dan pensyarah, Kolej Alam Bina UiTM dalam usaha mendapatkan pengalaman praktikal yang bernilai, terutamanya dalam pembangunan sistem ekadaster menggunakan sistem open source yang digunakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), iaitu menguruskan pangkalan data kadaster negara.

Selain itu, pihak kampus juga berbesar hati sekiranya pihak Teknologi KBSE Sdn. Bhd. bersedia untuk berkongsi kepakaran dalam memberikan pendedahan kepada warga kampus, khususnya kepada warga Kolej Alam Bina tentang hal-hal berkaitan.

Melalui kerjasama dengan Universiti Bengkulu, Indonesia, diharapkan dapat berkongsi ilmu dan menyediakan khidmat penyeliaan bagi projek pelajar tahun akhir dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi yang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan Azolla, sebuah jenis tanaman air yang mudah dibiak dan memiliki potensi yang besar sebagai baja organik.

Saya yakin bahawa kerjasama ini kita dapat bersama-sama menghasilkan graduan dan warga kerja yang holistik dan seimbang, serta menyumbang kepada pembangunan negara.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada para initiator,” ujar Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd. Fauzi mengakhiri ucapan.

Majlis penandatanganan MoU ini diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Menjalankan Tugas Timbalan Rektor Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan (PJIM&A); Timbalan Pendaftar, Encik Mohd. Khairul Ab. Razak; Pensyarah Kanan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Dr. Khairun Nisa Kamarudin; Pensyarah Kanan Kolej Alam Bina, Dr. Norshahrizan Mohd Hashim; barisan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Perlis dan pegawai bahagian PJIM&A dan Unit Komunikasi Korporat.

Sementara itu, hadir bersama-sama ialah Pengarah Urusan FRS Business Jaya Sdn. Bhd., Encik Mohammad Faisol Abd. Rahman; Pengarah Teknikal Teknologi KBSE Sdn. Bhd., Encik Amran Bachok; serta wakil-wakil syarikat, manakala yang turut terlibat secara maya ialah Dekan Fakulti Perladangan, Prof. Dr. Dwi Wahyuni dan Timbalan-timbalan Rektor Universiti Bengkulu dan pegawai bahagian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.