17 April 2024, 08:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penempatan seramai 6034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara bermula pada 15 April 2024.

Seramai 1858 orang calon daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS ditempatkan di sekolah menengah manakala seramai 4176 lagi di sekolah rendah. Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan tiga prinsip asas, iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen/mata pelajaran semasa di sekolah.

KPM menerusi kenyataannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara. KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Menurut KPM, pelantikan guru baharu COS merupakan cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.